Siakap Keli

Bahana Pandu Rapat Dengan Lori, Tular Gambar Batang Besi Terpelanting’Tembus’ Kereta

Ketika dalam kelas memandu, kita diingatkan untuk mengelakkan dari memandu di belakang lori. Hal ini kerana muatan yang dibawa lori berpotensi mendatangkan bahaya kepada kita.

Bukan satu dua kes kemalangan melibatkan objek yang jatuh dari lori mencederakan bahkan meragut nyawa pemandu atau penumpang kenderaan di belakangnya.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, berkongsi gambar kemalangan melibatkan sebuah kereta yang memandu dibelakang sebuah lori dipercayai membawa muatan cerucuk.

Dalam gambar yang dikirim itu, sebatang besi cerucuk telah menembusi cermin bahagian penumpang hadapan sehingga mengenai kusyen tersebut. Tidak terhenti di situ, besi yang sama turut menembusi kusyen sehingga hampir mengenai seorang kanak-kanak di bahagian belakang kenderaan terbabit.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh kejadian berkenaan berlaku namun dipercayai ianya berlaku di luar negara.

Kredit: Azlindainda Azlindainda
Mujurlah besi tidak mengenai kanak-kanak itu. (Kredit: Azlindainda Azlindainda)
Kredit: Azlindainda Azlindainda

Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai mereka dikongsikan.

Beberapa tahun lepas, tular kes seorang lelaki maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala apabila kotak gear lori seberat 20 kilogram terpelanting lalu menghentam kereta mangsa yang mengekori lori berkenaan.

Komponen tersebut telah menghempap kepala mangsa yang berada di tempat duduk pemandu ketika kejadian.

Bukan itu sahaja, sebelum ini pernah berlaku kes di luar negara ketika seorang penumpang wanita maut apabila sebiji bata dari lori di laluan bertentangan jatuh dan ‘melayang’ mengenai kepala mangsa yang berada di tempat duduk hadapan.

Bayangkanlah momentum objek yang mengenai kepala mangsa sehingga menyebabkan kepalanya terbelah dan meragut nyawa.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari sebarang mara bahaya. Aamiin. Bacalah doa sebelum memulakan perjalanan kerana boleh jadi itu perjalanan terakhir kita.

Sumber: Update & Info

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.