Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto: Dr Taufiq Razif)

“Hanya Makan Nasi Lauk Cili,” Doktor Kongsi Pengalaman Ziarah Saudara Islam Rohingya Di Arakan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedangkan kita di Malaysia ini mewah dengan makanan sehinggakan ada yang membazir. Perhatikan anak-anak kecil seronok bermain sambil dapat makan makanan kegemaran gula-gula dan ais krim bahkan dapat makan nutrisi yang baik dalam kehidupan seharian mereka.

Bagaimana pula dengan negara yang sering ditimpa bencana seperti yang berlaku di kem Arakan, negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Arakan merupakan nama lama bagi negeri Rakhine. Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakan orang Rohinya yang tinggal di situ adalah beragama Islam.

Perkongsian Dr Taufiq Razif bersama rakan-rakannya menceritakan tentang kehidupan masyarakat di sana terutamanya kanak-kanak menerusi laman Facebooknya.

Bagi saya, inilah penjara terbesar di dunia!

Katanya, ratusan ribu penduduk ditempatkan di Kem Arakan. Suasananya seperti kampung tetapi yang menyedikan keadaan di sana penuh dengan sampah sarap, jalan tidak berturap, kanak-kanak trauma, ibu yang tiada suami dan anak-anak lapar.

Hal ini disebabkan hak mereka untuk keluar masuk dirampas dan dikepung di dalam satu tempat. Bagi saya, inilah penjara terbesar di dunia.

Kisah ini di mana seorang ibu tunggal bersama empat orang anaknya hanya makan nasi putih bersama lauk cili untuk dapatkan rasa. Pilu hati ini memikirkan kehidupan mereka di sana. Paling menyedihkan waktu terrakhir mereka makan pada malam semalam.

Rupanya, mereka ni makan daging setahun sekali je. Tu pun kalau ada orang buat Qurban Aidiladha kat sana. Kalau tak ada yang buat Qurban kat sana, mungkin bertahun tahun baru mereka boleh jamah daging.

Budak ni buncit sebab tak dapat daging dan protein la ni. Ni la namanya Kwashiorkor. Kwashiorkor ni adalah malnutrition akibat kurang protein.

Bila kurang protein, terjadi la ‘osmotic imbalance’ pada bahagian sistem ‘gastro-intestinal’ tu. Tu yang jadi bengkak ataupun edema kat bahagian perut tu. Nampak macam buncit sebab kenyang kan? Rupanya sebab kelaparan dan dah lama tak dapat daging ataupun protein!

Pada masa yang sama, Dr Taufiq Razif sempat berkongsi keadaan rumah ibu tunggal empat orang anak. Sehinggakan terpaksa beri seorang daripada anaknya kepada orang lain kerana tidak mampu menjaga dan memberi makan serta mereka takut rumah tersebut roboh jika terlalu oramai yang duduk.

Menangis saya lihat keadaan mereka sebegini rupa bila dibandingkan dengan keselasaan kita di Malaysia.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang