Siakap Keli
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Hati-Hati Pulang Dari Tempat Kerja, Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Di Lapan Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Manakala kawasan yang dijangka terlibat sehingga 7 malam ini adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun, dan Tanah Tinggi Cameron (Pahang).

Sementara di negeri Sabah dan Sarawak, kawasan yang dijangka akan terjejas adalah Sipitang, Tenom, Beaufort, nabawan, Keningau, Tambunan, Pantai Barat, Sandakan, Kudat, Bintulu, Sebauh, Miri serta Limbang

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)