Siakap Keli
Gambar: Reasons Behind The..

Jangan Silap Beli, Tiga Jalur Berbeza Pada Bicu Audio ‘Earphone’ Beri Kualiti Audio Yang Berlainan

Muzik merupakan salah satu medium hiburan yang sangat diminati oleh kebanyakan orang tidak kiralah dari pelbagai peringkat umur. Oleh itu, ‘earphone’ ataupun ‘headphone’ menjadi pilihan bagi penggemar muzik kerana dapat menghasilkan bunyi yang lebih baik berbanding pembesar suara telefon bimbit mahupun komputer anda.

Namun, sedarkah anda bahawa terdapat perbezaan jalur pada bicu audio yang terdapat di hujung wayar ‘earphone’ ? Bicu audio tersebut berperanan untuk menerima isyarat audio yang dihantar terus kepada pendengar. Oleh itu, hasil bunyi yang dikeluarkan bagi sesuatu ‘earphone’ bergantung kepada jalur yang terdapat pada bicu tersebut.

Bicu audio dengan satu jalur?

Fungsi ‘earphone’ yang mempunyai satu jalur pada bicu audionya ialah bagi menghasilkan bunyi mono-audio sahaja. Namun, bunyi yang dihasilkan akan dikeluarkan secara terus tanpa memberi kesan stereo.

Satu jalur yang terdapat pada bicu audio tersebut adalah bagi membahagikan kepada dua elemen yang dinamakan sebagai ‘audio’ dan ‘ground’. Alat sokongan muzik jenis ini kurang mendapat sambutan kerana bunyi yang dihasilkan kurang memuaskan bagi peminat-peminat muzik.

Bicu audio dengan dua jalur?

Fungsi dua jalur pada bicu audio pula adalah berperanan untuk mengeluarkan audio dengan kesan stereo. Oleh itu, bunyi yang dihasilkan sudah pasti akan memuaskan telinga setiap pendengar dengan dentuman muzik yang sangat baik.

Bicu audio jenis ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kanan, kiri dan ‘ground’. Disebabkan itu, bunyi yang dikeluarkan bagi kedua-dua ‘earphone’ adalah berbeza namun masih di dalam rentak yang sama. Sudah pastilah, earphone jenis ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat muzik kerana dapat menghasilkan kualiti muzik yang sangat baik.

Gambar: Wikimedia Commons

Bicu audio dengan tiga jalur?

Bicu audio dengan tiga jalur merupakan yang paling maju setakat ini. Perkara ini adalah kerana ianya juga dapat menyokong fungsi mikrofon yang dipasang bersama ‘earphone’. Ianya dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ‘ground’, kanan, kiri dan juga mikrofon.

Di samping dapat menghasilkan audio yang berkualiti, alat sokongan muzik ini juga dapat menerima audio daripada suara manusia bagi disalurkan ke dalam rangkaian telefon ketika membuat dan juga menerima panggilan.

Gambar: Reddit.com

Perbezaan bilangan jalur yang terdapat pada bicu audio adalah untuk membahagikan beberapa bahagian pada bicu tersebut. Setiap bahagian membawa peranan yang tertentu bagi menyokong bunyi yang bakal dikeluarkan. Oleh itu, pastikan anda tahu terlebih dahulu fungsi setiap bilangan jalur sebelum membeli ‘earphone’ kesukaan anda.

Gambar: ApaPerbedaan

Sumber: Geeksmate

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)