Siakap Keli

Seorang Jemaah Haji Tak Sengaja Buang Passport, Syukur Petugas TH Jumpa Lepas Selongkar Plastik Sampah

Tidak semua orang berpeluang dan mampu untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji. Bagi yang berkemampuan, mereka sudah pastinya mempunyai rasa gembira dan tidak sabar untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kini, musim haji telah tiba dan beberapa kumpulan jemaah haji telah mula berangkat ke Mekah. Namun, ujian demi ujian terpaksa dihadapi oleh jemaah haji sebelum tiba di Kota Suci Mekah.

Terbaru, seorang jemaah haji dengan secara tidak sengaja telah membuang pasport miliknya sehingga menyebabkan tidak dibenarkan untuk akses untuk ke luar negara. Disebabkan itu, beberapa orang petugas bertindak untuk mencari pasport berkenaan di dalam bungkusan sampah yang terdapat di situ.

Menerusi rakaman tersebut, petugas-petugas Tabung Haji Travel dilihat bertungkus-lumus mencari pasport jemaah berkenaan supaya hasratnya untuk menunaikan haji dapat diteruskan. Jika dilihat, petugas-petugas tersebut menyelongkar kembali hampir ke semua bungkusan sampah yang terdapat di situ.

Hasil penelitian dalam pencarian tersebut, salah seorang petugas telah berjaya mendapatkan kembali pasport jemaah haji tersebut. Perasaan lega dan gembira sudah pastinya terdetik di dalam hati petugas dan juga jemaah haji yang kehilangan pasport tersebut.

Kegembiraan tersebut turut dikongsikan oleh rata-rata warganet dan turut bersyukur atas dugaan tersebut yang secara tidak langsung dapat meningkatkan keimanan setiap orang umat Islam.

“Apa yang terjadi mungkin ada hikmahnya”

“Semoga mendapat pahala yang besar buat anda”

“Kalau dah rezeki jejak Mekah, memang takda siapa boleh halang”

Sumber: PenangKini

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)