Siakap Keli
Negara China dijangka mengimport USD 140 juta durian dari Malaysia. - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Kalau Lah Korang Tahu Betapa Mahalnya Kos Penjagaan Pokok..” Pemuda Kesal Ramai Pertikai Harga Durian Mahal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Musim durian merupakan musim yang ditunggu-tunggu penggemar durian sehinggakan ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk menikmati raja buah tropika itu.

Namun, ramai juga yang mengeluh dan mempertikaikan harganya yang dikatakan terlalu mahal untuk sekilo durian. Satu akaun di Twitter telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan berat durian yang dibeli dan berat kulit durian setelah diasingkan dengan isinya.

Tweet tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokongnya dan ada yang mengecam pengirim tersebut.Seorang pengguna Twitter, Niimpls meluahkan kekesalannya atas pertikaian yang dibangkitkan pembeli.

“Korang tak pernah hargai petani. Kalaulah korang tahu betapa mahalnya upah, betapa mahalnya baja dan racun, betapa mahalnya penyelenggaraan, korang tak akan merungut kot.

“Barang premium pada harga premium sebab nak jaga dia susah. Bukan tanam harini esok boleh jual.”

Harga durian bergantung kepada gred buah tersebut. Sekiranya tidak mampu membeli gred premium, pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan gred yang lebih murah.

“Petani separuh mati jaga kebun durian..

Susah payah jaga, tu belum tolak durian gugur sebab buruk, binatang makan, pokok baru belajar berbuah

“Orang tempatan tak sokong, sambutan luar negara menggalakkan..”

Berdasarkan laporan oleh South China Morning Post, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato’ Haji Salahuddin Bin Ayub berkata eksport durian Malaysia ke negara China dijangka mencecah kira-kira RM 575 juta setiap tahun.

Tunggu 8 tahun baru dapat hasil

Sumber: Niimpls

Amira

Love yourself.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)