Siakap Keli
Gambar hiasan.

Makan Minum Benda Sama, Tapi Kenapa Ada Yang Rasa Manis Dan Ada Yang Rasa ‘Kurang’?

Pernah tak, anda rasa sesuatu makanan itu sudah terlalu masin atau manis, tapi bila ditanya kepada orang lain, dia pula rasa sebaliknya.

Apa yang membuatkan rasa tersebut berbeza? Adakah faktor makanan tersebut atau deria rasa pada lidah kita?

Menurut Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap orang mempunyai tahap deria manis yang berbeza. Hal ini bergantung kepada kebiasaan seseorang samada dia suka mengambil makanan atau minuman manis ataupun tidak.

Bagi mereka yang kerap mengambil makanan atau minuman manis, dia akan merasakan kemanisan ‘melampau’ itu normal baginya manakala bagi mereka yang telah terbiasa dengan makanan yang kurang garam dan gula akan merasa makanan kurang perisa itu normal.

Hal ini menunjukkan deria rasa kita sebenarnya boleh dilatih dalam tempoh masa tertentu. Walaupun ia mungkin nampak remeh pada sesetengah orang, situasi ini mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang terutamanya bagi mereka yang gemar minuman manis dan masakan yang ditambah banyak perasa dengan risiko darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Jom kita jadikan perkongsian ini sebagai peringatan bersama.

Perasan tak, level “manis” setiap orang itu tak sama walaupun pada 1 cawan air sirap yang mengandungi kandungan gula yang sama.

Begitu juga dengan rasa masin pada gulai yang sama. Level “masin” anda dengan kawan anda mungkin berbeza..

Deria rasa lidah untuk rasa manis atau masin ini perlu dilatih. Percaya atau tidak, jika anda sudah biasa dengan minuman tawar, anda akan rasa “tak sedap” pada minuman yang terlalu manis..

Jika anda telah terbiasa mengamalkan makanan kurang garam, hanya sedikit garam sudah cukup untuk memberikan rasa kepada makanan..

Apabila lidah sudah biasa dengan makanan manis dan masin, deria rasa semakin tidak sensitif dan lebih banyak gula atau garam diperlukan untuk memberi rasa yang diingini..

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.