Siakap Keli

Operasi Pemandu E-Hailing Tanpa Lesen PSV Dilanjutkan Lagi Tiga Bulan

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook hari ini telah mengumumkan bahawa jemaah Menteri telah memutuskan bahawa penguatkuasaan peraturan perkhidmatan e-hailing akan dilaksanakan secara ‘soft landing’.

Beliau memberitahu dalam kenyataan medianya bahawa pemandu e-hailing yang gagal memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan seperti lesen PSV dan penggunaan kereta yang tidak memenuhi syarat akan tetap dibenarkan untuk beroperasi selama tiga(3) bulan selepas tarikh hari ini(12 Julai).

Untuk tempoh itu, para pemandu e-hailing ini akan diberikan nasihat, pendidikan serta amaran terakhir agar mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.

Menurut beliau, kementeriannya melalui JPJ mahu mengambil pendekatan penguatkuasaan berbentuk mendidik secara berperingkat kepada para pemandu e-hailing.

Setakat ini, sebanyak 17,596 permit kenderaan e-hailing(eVP) telah dikeluarkan sementara 31,731 pemandu telah mendaftar untuk menduduki kursus dan ujian untuk mendapatkan lesen PSV.

Daripada jumlah tersebut, 25,248 calon telah berjaya melengkapkan kursus tersebut serta 19,891 calon lain telah lulus ujian PSV.

Tambah beliau lagi, peraturan ini dilaksanakan semata-mata untuk memastikan industri kenderaan perkhidmatan awam di negara ini terus berkualiti selari dengan kepesatan aplikasi teknologi pada masa kini.

Sumber: FB Anthiny Loke Siew Fook

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.