Siakap Keli
Gambar hiasan.

Pentingnya Kewujudan ‘Bunga Kuku’ Di Jari, Ada Kaitan Dengan Kondisi Kesihatan

Jika diperhatikan, rata-rata daripada kita mempunyai bentuk bulan separa pada pangkal kuku. Ada yang kecil, ada yang saiznya lebih ketara. ‘Bulan’ ini dipanggil lunula, yang bermaksud bulan kecil dalam bahasa Latin.

Lunula merupakan sebahagian daripada matrix, kawasan di mana tumbesaran kuku bermula dengan pembentukan sel-sel baru.

Jadi, apakah maknanya sekiranya lunula tidak kelihatan pada kuku anda?

Ketiadaan lunula pada kuku anda tidak semestinya membawa makna sesuatu petanda serius tentang kesihatan anda. Ia mungkin tersembunyi di bawah lapisan kulit anda. Anda mungkin hanya dapat melihat lunula pada ibu jari jika ia tidak dapat dilihat pada jari-jari yang lain.

Walaupun begitu, ketiadaan ‘bulan’ ini mungkin menandakan anda kekurangan nutrisi, mengalami anemia bahkan depresi. Berikut merupakan antara simptom yang menunjukkan kehadiran masalah tersebut.

  • Pening kepala
  • Mengidam sesuatu yang pelik
  • Keletihan
  • Lemah
  • Hilang minat terhadap hobi
  • Kehilangan atau penambahan berat badan yang ketara

Lunula berwarna kebiruan

Lunula yang berwarna biru mungkin menjadi petanda degenerasi hepatolenticular atau dikenali sebagai penyakit Wilson. Penyakit ini merupakan antara penyakit jarang jumpa yang disebabkan oleh genetik yang menyebabkan tembaga terkumpul di hati, otak dan organ penting yang lain.

Simptomnya ialah;

  • Keletihan
  • Hilang selera makan
  • Sakit pada abdomen
  • Jaundis
  • Bendalir terkumpul pada kaki
  • Masalah bercakap
  • Pergerakan tidak terkawal
Lunula berwarna biru. (Kredit: HealthHearty)

Lunula berwarna kemerahan

Lunula berwarna merah boleh menandakan tahap kesihatan anda yang terganggu. Mereka yang mengalami masalah berikut berkemungkinan mempunyai lunula berwarna merah.

  • Penyakit vaskular kolagen
  • Kegagalan jantung
  • Penyakit pulmonari obstruktif kronik
  • Sirosis
  • Psoriasis
  • Keracunan karbon monoksida

Masalah-masalah ini memerlukan rawatan doktor. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom lain yang berkaitan dengan penyakit-penyakit di atas, anda dinasihatkan untuk bertemu dengan doktor.

Tanda-tanda lain

Kredit: Bright Side
  1. Lunula berwarna kekelabuan menunjukkan keletihan melampau, masalah penghadman dan penyerapan nutrisi tubuh.
  2. Lunula yang sihat dan normal berwarna putih atau beberapa tona lebih cerah berbanding kulit.
  3. Lunula berwarna ungu menandakan kekurangan aliran darah dan oksigen di dalam tisu serta organ. Kepeningan dan sakit kepala mungkin kerap berlaku.
  4. Lunula berwarna merah mungkin menandakan kekurangan aktiviti fizikal atau masalah paru-paru.
  5. Lunula berwarna hitam jarang berlaku dan menandakan sesuatu yang serius iaitu keracunan logam berat.

Kesimpulannya, dalam kebanyakan kes, ketiadaan lunula tidak membawa maksud yang serius. Namun sekiranya ciri abnormal lunula itu turut disertai simptom-simptom lain yang lebih serius, anda mungkin perlu pertimbangkan untuk bertemu doktor untuk diagnosis.

Tahukah anda!! Bunga kuku yang berbentuk bulan sabit putih ialah kuku baru, Kuku asalnya tumbuh di sini. Bunga kuku ini…

Posted by Pusat Sains Negara Kuala Lumpur on Monday, 3 September 2018

Sumber: Healthline, Bright Side

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.