Siakap Keli
Foto: India Today

Remaja Disahkan ‘Mati’ Tiba-Tiba Hidup Semula, Menangis Ketika Hendak Dikebumikan

Hati ibu mana yang tidak remuk apabila anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang sejak kecil disahkan sudah meninggal dunia di usia semuda 18 tahun.

Bagaimanapun, bagi seorang ibu dari India ini, beliau seolah-olah mendapat nyawanya semula selepas anak lelakinya yang telah disahkan meninggal dunia, ‘kembali bernyawa’.

Pada awalnya, doktor di sebuah hospital di daerah Hyderabad dekat sana telah memaklumkan kepada si ibu bahawa anaknya yang menghidapi penyakit Hepatitis B sudah kematian otak dan meminta izin beliau untuk mencabut alat sokongan pernafasan dari anaknya.

Walaupun percaya bahawa anaknya masih hidup, wanita tersebut dan keluarganya seolah-olah sudah mahu menerima kenyataan kehilangan anak lelakinya itu apabila mereka sudah mula melakukan persiapan untuk majlis pengebumiannya.

Gambar untuk pengebumian juga sudah disiapkan(Foto: India Today)

Ketika wanita itu sedang memakaikan pakaian pengebumian pada tubuh anaknya, dia tiba-tiba ternampak air mata berlinangan di bahagian ekor mata anaknya itu.

Terkejut dengan kejadian tersebut, beliau menghubungi pegawai perubatan tempatan dan pegawai itu kemudiannya mengesahkan anak lelaki wanita itu masih lagi bernyawa.

Foto: India Today

Menyedari perkara itu, beliau ternyata bersyukur kerana tidak mencabut alat bantuan dari anaknya itu. Malah, tiga hari selepas kejadian, lelaki itu sudah mula bertindak balas dan boleh berbual dengan ahli keluarganya walaupun dalam keadaan lemah.

Kisah itu menjadi buah mulut orang ramai terutama penduduk tempatan yang rata-rata mengagumi naluri yang ada pada seorang ibu sehingga dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

Sumber: India Today

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.