Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Advisor Analyst)

Tarif Purata Gas Asli Akan Naik 5.3 Peratus – Gas Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Gas Malaysia Bhd hari ini mengumumkan tarif purata gas asli selepas surcaj bagi sektor bukan kuasa tenaga di Semenanjung Malaysia akan naik 5.3 peratus kepada RM34.66 setiap satu juta unit thermal British (MMBtu) dari 15 Julai- 30 Dis tahun ini.

Semakan semula itu, susulan surcaj sebanyak RM1.92/MMBtu, diguna pakai bagi semua kategori tarif di bawah mekanisme Pelepasan Kos Gas (GCPT).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata tarif asas purata ditetapkan pada RM32.74 MMBtu daripada RM32.69 MMBtu ketika ini.

Gas Malaysia turut menjelaskan semakan semula tarif itu tidak terpakai kepada jualan gas asli bagi kenderaan gas asli (NGV) dan gas cecair petroleum (LPG) yang dibekalkan dalam silinder gas atau bekalan pukal.

“Semakan semula tarif itu tidak mendatangkan kesan terhadap operasi perniagaan Gas Malaysia, ia dijangka menyumbang secara positif terhadap kedudukan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.