Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tular Dakwaan Waktu Solat Ada Kaitan Dengan Frekuensi Tubuh, Ahli Fizik Ini Dakwa Itu Tidak Benar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa hari ini tular di media sosial mengenai satu ciapan yang mula dimuatnaik di laman Twitter. Individu terbabit mendakwa bahawa setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Beliau turut menambah bahawa perubahan warna alam itu adalah sesuatu perkara yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sehingga kini, ciapan berkenaan sudah mendapat lebih dari 21,500 likes dan 23,58i ulang kicau oleh pengguna laman berkenaan. Pelbagai pendapat, hujah dan reaksi yang dilontarkan mengenai isu terbabit. Namun malam tadi, seorang ahli fizik, Zamir Mohyedin telah memuatnaik pandangannya melalui bebenang di twitternya.

Menurut Zamir:

Tiada frekuensi yang berasaskan tubuh. Frekuensi dalam spektrum warna nampak (visible light) pun tiada kena mengena dengan sistem tubuh.

Kalau nak solat awal waktu dan penuh 5 waktu, cukuplah suruhan Tuhan yang suruh berbuat demikian. Tak perlulah penjelasan sains bagai. Dahlah tak betul. Pseudo-sains (sains palsu) pula itu. Tuhan suruh, buat. Tak perlulah penjelasan mengarut begini baru nak buat.

Warna-warna yg ditunjukkan dalam gambar itu, kalau kita tak solat pun tetap gelombang dan frekuensinya tubuh kita menerimanya. Malah semua objek di sekeliling kita menerimanya. Kalau tak, kita tak akan dapat melihat, serta tubuh kita & objek sekeliling kita tak kelihatan.

Kalau nak faham gelombang atau frekuensi yg libatkan warna kena faham spektrum EM mcm gambar. Gelombang radio kita guna untuk komunikasi & internet berfrekuensi kecil. Kita solat atau tak, kalau kita main internet, frekuensi ini tetap kena pada tubuh dan tak beri kesan pada tubuh.

Spektrum EM (Gambar: Zamir Mohyedin)

Gelombang infra-merah yg konon bagi kebaikan pada otot, tulang itu sebenarnya tak boleh dilihat oleh manusia. Bukan warna merah mcm dalam gambar. Infra-merah pernah digunakan masa kita guna fon lama sebelum bluetooth. Pernah kau buka infrared terus dapat keyakinan? Muhong.

Gelombang visible light yg merangkumi semua warna dalam gambar mengarut itu ialah gelombang yang bantu kita melihat. Kau solat atau tak, gelombang ini tetap ada bersumberkan matahari yg bantu manusia melihat. Gelombang ini tak berikan apa apa hikmah kreativiti bagai.

Okey, cuma gelombang cahaya x-ray, UV dan Gamma saja yang berikan kesan pada tubuh. Apa kesannya? Ia tak berikan kita kepandaian, kreativiti, keyakinan, yada yada itu semua. Ia berikan kita kecacatan, kanser, ketumbuhan, sel mati, penyakit dan lain-lain.

Gambar Hiasan

Gelombang yang berikan kesan buruk itu mempunyai frekuensi dan tenaga yang tinggi. Gelombang ini sukar merebak merata. Biasanya dilepaskan di loji nuklear. Matahari pun ada lepaskan tapi medan magnet Bumi melindungi kita daripada gelombang itu.

Maklumat yang saya sampaikan adalah berasaskan ilmu fizik yang dah established. Semua buku teks fizik di peringkat sekolah dan universiti di seluruh dunia ada tulis pasal ini Beratus eksperimen & pelbagai persamaan matematik telah membuktikan ilmu ini sebelum masuk ke buku teks.

Ajak orang solat awal waktu, bagi dalil sudah memadai. Tak perlu pancing dengan maklumat dan ilmu yang salah. Matlamat tak halalkan cara. Sebarkan hadis palsu untuk ajak kebaikan pun dah kena prepare tempat duduk di neraka.

Sumber: Zamir Mohyedin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)