Siakap Keli
Gambar Hiasan

Guru Kecewa Gejala ‘Vape’ Kembali Berleluasa Dalam Kalangan Pelajar

Guru merupakan insan yang mulia dan berjasa kerana menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab mendidik manusia serta melahirkan generasi yang berilmu dan beramal soleh serta sanggup berkorban masa untuk bertugas mengajar kita untuk menjadi insan yang berguna di masa depan.

Terkenang pada masa dulu, sewaktu berada di bangku sekolah sangat takut pada guru-guru terutamnya guru besar dan guru yang bawa rotan. Tetapi pada zaman sekarang sesetengah pelajar sudah tidak endah dengan nasihat atau teguran yang diberi guru.

Baru-baru ini tular di media sosial di dakwa foto seorang pelajar perempuan sedang menghisap ‘vape’ di sebuah hentian bus berhampiran sekolah.

Guru telah terbeban dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab. Kini mereka terpaksa menghadap masalah pelajar yang membawa dan menggunakan vape di sekolah.

Ibu bapa, pemimpin masyarakat, agamawan dan semua pihak perlu ambil tindakan yang sewajarnya supaya tidak menjejaskan asa depan anak-anak muda. Tidakkah anda bimbang dengan fenomena vape kembali?

Sini ada beberapa bukti anak-anak di sekolah terjerumus dalam gejala ini.

 

“Mak Ayah pun tak pernah marah saya hisap vape…”

“Anak di ugut pelajar yang menghisap vape…”

Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu pantau tindakan dan perlakuan anak-anak di rumah kerana guru hanya mendidik di sekolah dan tidak tahu apa yang berlaku di rumah. Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini, kita sebagai orang tua perlulah sentiasa menasihati anak muda supaya menghormati orang yang lebih dewasa dan mempunyai jati diri.

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.