Siakap Keli

”Selamat Hari Jadi Isteriku, Hasmah”, Coretan ‘Sweet’ PM Buat Isterinya Cuit Hati Netizen

Umum sudahpun sedia maklum bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad menyambut hari jadi ke-94 pada 10 Julai lepas.

Seluruh rakyat Malaysia khususnya rata-rata mendoakan kesejahteraan terhadap pemimpin utama negara itu dan berharap beliau terus diberi kekuatan untuk mengemudi tampuk pemerintahan kerajaan.

Lebih menarik, dua hari kemudian, tepat lagi pada 12 Julai, isteri tercinta beliau iaitu Tun Siti Hasmah Ali turut menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-93.

Netizen sekali lagi terpesona apabila pemimpin negara paling tua di dunia itu memuat naik ucapan ‘sweet’ terhadap isterinya di laman Instagram, @chedetofficial.

Happy Birthday to my wife, Hasmah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menemani saya. Saya sedar masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja, lebih-lebih lagi sekarang kerana itu saya menghargai kesabaran isteri saya.

”Semoga diberkati Allah sentiasa.”, katanya.

Netizen turut tidak melepaskan peluang memberi ucapan kepada Tun Siti Hasmah.

Happy birthday Tun Hasmah! Semoga Allah sentiasa merahmati Tun Hasmah,” kata pemilik akaun @drhalina.

Happy Birthday Tun Hasmah, may you always be blessed with happiness and great health. You’re so wonderful,” kata @jonginwanderlust pula.

Happy Birthday Bonda Tun Siti Hasmah. Moga Bonda sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesabaran. Senyuman Bonda kekuatan Malaysia,” kata pemilik akaun @kartinaziz pula.

Anda turut boleh berkongsi ucapan kepada Tun Siti Hasmah melalui pautan dibawah.

Sumber: chedetofficial

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.