Siakap Keli
Gambar Hiasan (Foto: Malaysia Airlines)

Malaysia Airlines Tunjukkan Sokongan, Sekolah Seri Puteri Raih Pingat Emas Di Symphonic Winds Orchestra

Sebagai peneraju utama dan menjadi salah satu badan yang menyokong aktiviti pasukan Simfonik Wind Seri Puteri, Sekolah Seri Puteri, Malaysia Airlines menyambut mesra kedatangan mereka semalam dari Sydney, Australia menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH122 selepas memenangi pingat emas di 30th Australian International Music Festival (AIMF).

Untuk pengetahuan anda, AIMF adalah satu pertandingan antarabangsa anjuran World Project yang disertai lebih 1000 peserta. Ia bermula dari 3 Julai sehingga 11 Julai 2019.

Kesemua 59 pelajar dari Tingakatan Satu hingga lima itu bersaing dengan lebih 30 pasukan dari sekolah-sekolah seluruh negara. Mengakui saingan pertandingan tersebut sangat sengit daripada peserta yang kebanyakannya berpengalaman bahkan ada juga yang bermain muzik sejak kecil.

Sebagai syarikat penerbangan nasional Malaysia, kami dengan bangga membawa bendera negara di seluruh dunia dengan penerbangan dan kali ini para pelajar pula dengan membawa bendera yang sama di negara Australia. Kami berbesar hati menjadi satu bahagian daripada perjalanan mereka yang menarik ini”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, Kapten Izham Ismail.    

Turutnya lagi, ia juga sumbangan kecil mereka untuk mencerminkan sokongan bukan sahaja untuk sukan dan pendidikan formal tetapi mampu juga dalam aktiviti kokurikulum yang melengkapi dengan pembelajaran akademik.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Seri Puteri menyatakan kegembiraannya dengan pencapaian pasukan tersebut. Ketekunan dan dedikasi semua pihak berkepentingan serta rakan kongsi mereka yang termasuk Malaysia Airlines sangat mengagumkan.

Sumber: Malaysia Airlines

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)