Siakap Keli
Gambar: Forbes
Gambar: Forbes

Pengerusi Huawei Dakwa Belum Ada Lagi Sistem Operasi HongMeng Untuk Telefon Pintar?

Pasti ramai yang begitu teruja menantikan Huawei melancarkan sistem operasi mudah alih terbaru mereka, HongMeng yang dikatakan bakal mengantikan Android. Namun berita terbaru yang dimaklumkan oleh pengerusi syarikat, Liang Hua ternyata akan mengecewakan anda semua.

Liang menjelaskan kepada para wartawan bahawa pihaknya masih belum membuat keputusan untuk membangunkan HongMeng menjadi OS telefon pintar. Walaubagaimanapun keputusan ini mungkin berubah sekiranya Huawei disenarai hitamkan sekali lagi oleh Amerika Syarikat.

Liang turut memetik kata-kata dari Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Ren Zhengfei, yang baru-baru ini memberitahu

bahawa:

“HongMeng tidak direka untuk telefon seperti yang difikir oleh semua. Kami tidak mengembangkan OS untuk menggantikan Google dan jika Google mengeluarkan sistem OS dari Huawei, kami perlu memulakan pembinaan ekosistem kerana kami masih belum mempunyai rancangan yang jelas. “

Pengumuman ini tentunya mengelirukan ramai pihak kerana sebelum ini Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna Huawei Richard Yu telah memberitahu pengguna di China bahawa OS baharu akan mula dilancarkan pada musim gugur ini. Yu juga menyatakan bahawa OS yang mula beroperasi sejak tahun 2012 akan serasi dengn semua aplikasi Android dan web. Malah, prestasinya akan ditingkatkan lebih dari 60 peratus.

Kepantasan HongMeng menjadi tajuk utama di seluruh dunia dimana ia menjanjikan OS alternatif yang sangat pantas. Namun tatkala pihak akhbar France’s Le Point bertanya tentangnya, Ren Zhengfei mengakui bahawa syarikat itu belum melakukan perbandingan lagi.

Disamping itu, Profesor Michael Jacobides dari London Business School menngatakan bahawa keputusan yang pernah dilakukan oleh pihak Amerika syarikat itu perlu menjadi pengajaran kepada Huawei supaya lebih berhati-hati, sentiasa menyediakan plan ‘B’, tidak boleh terlalu bergantung kepada mereka dan Huawei perlu melabur dalam OS alternatifnya,

Sumber: Forbes

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)