Siakap Keli
Gambar Hiasan

Rancang Hujung Minggu Anda, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Libatkan 6 Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan satu maran ribut petir yang melibatkan beberapa negeri di semenanjung dan Sabah Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikelurkan, dijangka negeri yang terlibat ialah Perak, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Manakala kawasan yang dijangka terlibat sehingga pukul 6 petang ini adalah di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Jelebu, Seremban, Kula Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. Manakala di sebelah Pantai Timur kawasan yang terlibat adalah, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Bagi semenanjung Sabah dan Sarawak pula kawasan yang dijangka terjejas adalah Bau, Kuching, Bintulu dan Miri serta Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau, Sandakan, Tongod, Telupid dan Kinabatangan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)