Siakap Keli

Shell Malaysia Melancarkan Koleksi Ferrari Edisi Terbaru

PETALING JAYA, 11 JULAI 2019 – Shell telah mengadakan majlis pelancaran koleksi edisi terunggul Ferrari sempena meraikan perkongsian antara Ferrari dan Shell yang bertempat di LG 2 Orange Concourse Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Pelancaran ini disambut meriah dengan kehadiran para tetamu-tetamu jemputan dan juga media jemputan. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Pengarah Urusan Shell Malaysia Training Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Pada kali ini, terdapat lapan pilihan koleksi model Ferrari yang anda boleh dapati secara ekslusif di stesen Shell seluruh negara. Lapan model berbeza dari kereta Itali yang mana masing-masing mewakili satu dekad sendiri dalam sejarah Ferrari.

Koleksi ini dikeluarkan 1 setiap dua minggu bermula pada 1 Julai hingga 8 September. Peminat dan pelanggan boleh memperoleh replika skala Ferrari dengan hanya RM15.90 setiap satu, dengan pembelian bahan api minimum sebanyak RM30 pada satu resit.

“Menguak lapan model koleksi kereta Ferrari edisi terhad ini adalah cara kami untuk mengiktiraf semangat para pelanggan kami untuk mengumpul dan bermain.” Shairan Huzani Husain dalam satu kenyataan.

“Koleksi Ferrari ini tidak hanya menandakan pulangan pada kempen kami, tapi ia juga meraikan perkongsian teknikal lama antara Shell dengan Scuderia Ferrari.” Tambah Shairan.

Shairan juga mengumumkan bahawa pelanggan Shell akan menerima rebat RM5 apabila mereka menghabiskan sekurang-kurangnya RM50 dengan Touch N Go dan wang tunai 5% kembali dengan perbelanjaan terkumpul 3x bernilai RM150 melalui Kad Debit Maybank.

Sumber: Bernama

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)