Siakap Keli
Gambar: Imran Hakim

‘Youtuber’ Tak Sengaja Terakam Kejadian Ragut, Netizen Dakwa Nombor Plat Palsu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Datuk Seri Mazlan Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa indeks jenayah ragut dan samun pada 2017 di Kuala Lumpur meningkat kepada 1,010 kes berbanding 640 kes. Namun indeks jenayah di ibu negara menurun sebanyak empat peratus bermula Januari 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Walaupun begitu, saban hari ada sahaja kes jenayah yang dipaparkan oleh media massa walaupun pihak berkuasa dan kerajaan telah melakukan pelbagai cara termasuk penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkannya.

Seperti yang diketahui, ragut bukanlah jenayah yang baru berlaku di Malaysia. Ia selalunya melibatkan penunggang motosikal dan pejalan kaki. Dan malam tadi, tular satu kejadian yang didakwa sempat dirakam oleh seorang individu.

Gambar: Imran Hakim

Individu yang dikenali sebagai Imran Hakim itulah seorang Youtuber, justeru beliau selalu membawa kameranya perg kemana-mana. Dan kebetulan, ketika kejadian itu, beliau mengatakan bahawa sedang merakamkan vlog. Oleh itu, insiden terssebut ‘tertangkap’ olehnya secara tidak sengaja.

Menurut Imran, lokasi kejadian itu adalah berhampiran pusat membeli belah di ibu kota. Saat itu, terlihat seorang lelaki bermotosikal dan memakai helmet berwarna biru lalu dihadapan seorang pejalan kaki lalu meragut rantai dilehernya.

Untungnya, kejadian yang terjadi beberapa saat itu sempat terakam dalam vlog Imran itu jelas memperlihatkan nombor pendaftaran dan jenis motosikal berkenaan.

Lalu rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan dan reaksi berkenaan kejadian terbabit.

Kalau niat nak meragut sampai tak perasan ada kamera

Namun ada juga yang mendakwa bahawa nombor plat itu palsu

Sumber: Imran Hakim

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)