Siakap Keli
Gambar: MZ & The Telegraph

Empat Bulan Berlalu, Ini Hikmah Tragedi Masjid Di Christchurch Yang Ubah Negara New Zealand

Biarpun sudah empat bulan berlalu, tragedi duka yang terjadi di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand masih terngiang-ngiang di minda seluruh masyarakat dunia. Malah Tanda palang #prayforchrischurch dan #hellobrother masih lagi berlegar-legar di media sosial.

Manakan tidak, insiden serangan yang terjadi pada petang jumaat itu telah mengorbankan lebih dari 50 nyawa tidak berdosa serta turut mencederakan puluhan yang lain.

Jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat jumaat dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bersenjata yang lantas menembak mereka tanpa belas kasihan. Lebih tragis apabila penyerang berkenaan tergamak merakam kejadian itu secara langsung di media sosial dan ia tersebar di seluruh dunia.

Gambar: Inews

Perdana Menteri, Jacinda Ardern turut menyatakan bahawa peristiwa tersebut merupakan kejadian terburuk dalam sejarah New Zealand. Insiden itu ternyata meninggalkan trauma kepada umat Islam dan penduduk yang berada di kawasan sekitar.

Semalam, penduduk di New Zealand telah mula menyerahkan senjata separa automatik mereka sebagai sebahagian daripada skim pembelian balik yang dilancarkan setelah larangan penggunaannya diumumkan. Hari pertama penyerahan senjata itu, dikatakan bahawa lebih dari 250 koleksi senjata di seluruh negara itu berjaya dikumpulkan.

Antara senjata yang diserahkan (Gambar: Al-Jazeera)

Lebih daripada NZ $ 433,600 (£ 230,000) telah dibayar sebagai ganti rugi kepada 169 pemilik senjata api yang telah menyerahkan senjata mereka. Senjata-senjata terbabit dikatakan bakal dimusnahkan oleh pihak bertanggungjawab.

“Pihak polis menyedari bahawa ini merupakan perubahan besar bagi masyarakat terutamanya mereka yang memiliki senjata api untuk mematuhi undang-undang. Walaun bagaimanapun, setakat ini kami maklum balas positif daripada orang ramai tentang larangan ini.”

Malah lebih daripada 900 pemilik senjata di Canterbury telah mendaftar untuk menyerahkan lebih kurang 1,415 senjata api. Pegawai polis itu turut menambah bahawa ada seorang pemilik senjata yang gembira apabila menerima NZ $ 13,000 (£ 6,900) untuk senjata api separuh automatik yang diserahkannya.

Pihak kerajaan sebelum ini telah menjanjikan NZ $ 208 juta (£ 110 juta) untuk skim tersebut. Malah, undang-undang terbaru berkaitan dengan larangan pemilikan senjata semi-automatik gaya tentera juga telah dilaksanakan sejak April lalu.

 

Sumber: 9 News  & BBC

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)