Siakap Keli
Gambar: Syahrain Azri

Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Bernikah, Suami Kongsi Detik Manis Kenali Si Isteri Sehingga Hembusan Nafas Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita diumpamakan pelakon dan dunia adalah pentasnya. Lalu kita dipertemukan dengan pelbagai perkara yang mengajar kita tentang erti sebenar kehidupan. Malah, ‘skripnya’ sudah disusun oleh Allah dengan penuh hikmah. Namun segalanya tak terjangkau dek akal manusia yang terbatas pemikirannya.

Sesungguhnya, semua manusia akan diberikan ujian mahupun musibah cuma caranya berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai seorang hamba-Nya, siapalah kita untuk menafikan takdirnya.  Apa yang pasti, manusia telah diajar supaya menerima qada dan qadar kerana di setiap ujian pasti ada sesuatu yang baik bakal menanti. Begitulah yang dialami oleh Syahrain Azri yang telah kehilangan isteri kesayangannya walaupun baru 3 bulan berkahwin.

Menurut Syahrain, beliau sudah mengenali isterinya itu sejak sembilan tahun yang lalu (2010). Apakan daya, Allah lebih menyayanginya, wanita yang beliau cintai itu telah ‘dijemput’ oleh Sang Pencipta dipercayai kerana menghidapi brain tumor. Isterinya itu merupakan seorang doktor pelatih di sebuah hospital di Temerloh.

Syahrain turut berkongsi tentang kronologi kisah cintanya bersama si isteri.

Isterinya, Doktor Nurul Nazleatul Nadira sebenarnya seorang graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan merupakan bekas aktivis I-Medik Sarawak yang telah banyak menyumbang  di negeri ‘bumi kenyalang’ itu.

Syahrain juga ada meluahkan:

“Allah sebaik baik perancang, nak dijadikan cerita mmg sepatutnya kami berkahwin bulan Jun selepas raya, tetapi Dia bg juga kami rasai kehidupan suami isteri walaupun sekejap. Tak minta apa apa, mohon sedekah al fatihah je utk arwah isteri.”

Tambahnya lagi:

“Kuatkanlah hati untuk tidak mempersoalkan Takdir Allah, Percaturan Allah lebih baik.”

Sayang, sungguh berat ujian ini, kadang saya terfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa awak, Allah ambil awak semasa kita sedang masih rancak bercinta, hanya 3 bulan kita sempat melalui kehidupan sbg suami isteri, itu yang kita impikan semasa awal perkenalan tahun 2010 dahulu.

Tiba hari pernikahan 23 Mac lalu, Allah je tahu betapa bersyukurnya dan gembiranya kita selepas cita-cita dan impian kita tercapai, pertama kali saya imamkan awak, awak menitiskan airmata, semua perkara kita rancang dengan teliti.

Tetapi Allah itu sebaik baik perancang, awak tinggalkan saya ketika kita masih belajar utk menjadi suami isteri yg baik, ketika kita masih duduk berjauhan. Alhamdulillah sempat menjadi suami walaupun tidak sempurna. Harini genap 2 minggu pemergian awak. Semoga awak tenang dan ditempatkan di tempat org yg solehah kerana itu yg selayaknya utk awak. Terima kasih juga tinggalkan kenangan manis dan keluarga yang baik kepada saya. Al-Fatihah.

Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah dan kata-kata semangat dari netizen. Malah ada yang mengenali arwah. Sesungguhnya kebaikan yang pernah dilakukan arwah sentiasa diingati.

Arwah rajin bantu orang dan buat misi kemanusiaan

Sumber: Syahrain

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di