Siakap Keli
Gambar: Ahmad Safiuddin

(Video) Ayah Buat FB Live, Bawak Ainul Jalan-Jalan Di Kota London

Semua pastinya sedang menanti dalam keterujaan bilakah tarikh sebenar bidadari kecil ini akan pulang ke Malaysia. Beberapa hari lepas, ibu Ainul Mardhiah telah menyatakan bahawa mereka terpaksa menangguhkan niat untuk pulang ke tanah air kerana kesihatan ‘Buah Hati Malaysia’ yang tidak mengizinkan.

Oleh itu, ramai yang sentiasa ternanti-nanti perkhabaran terbaru Ainul dan keadaan kesihatannya. Justeru, sebentar tadi, Ahmad Safiuddin ada membuat live di laman Facebooknya untuk berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya itu.

Video berkenaan memaparkan Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani yang berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan di London sambil menolak stroller. Menurut Safiuddin, aktiviti bersiar-siar ini adalah terapi untuk anaknya itu.

Dah puas berjalan, dia tidur. Tapi bila sampai je wad, terus terbeliak biji mata lepas tu geleng-geleng kepala. Nampak sangat dia seronok keluar tadi sampai tertidur-tidur dalam stroller. Hehe.

 

Sumber: Ahmad Safiuddin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)