Siakap Keli
Gambar Khalifah Media

Anak Terbantut Bukan Masalah Ketinggian Saja, Rupanya Ada 6 Risiko Lain Ramai Ibubapa Perlu Tahu

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kajian tentang kes hipotirodisme di Malaysia menganggarkan 120 kelahiran bayi yang mendapat penyakit tersebut setiap tahun.

Mereka yang berpenyakit ini mempunyai risiko tinggi akan mengalami tumbesaran terbantut, lewat perkembangan dan terencat akal kerana ketiadaan dan kekurangan hormon tiroksin yang dihasilkan kelenjar tiroid.

Jangan ambil mudah dan abaikan kanak-kanak anda, mungkin mengalami masalah terbantut. Bantut adalah ketinggian yang tidak seiring dengan usia sebenar.

Punca utama masalah bantut ini biasanya adalah kerana seseorang itu kekurangan zat makanan.

Mengapa masalah bantut ini ditegah untuk diambil mudah apa lagi diabaikan kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul pada kanak-kanak anda di masa akan datang.

Berikut merupakan perkongsian daripada Public Health Malaysia berkaitan dengan simptom dan punca masalah ini.

Jika anda perasan;

✔️ Anak anda jauh lebih kecil dan rendah dari rakan sebaya

✔️ Sering sakit, lemah dan tidak aktif

✔️ Masih muat pakaian yang dipakai beberapa tahun lalu..

Jangan ambil mudah, MUNGKIN anak anda mengalami masalah bantut.

Bantut adalah ketinggian yang tidak seiring dengan usia. Biasanya, rakan sebaya dijadikan perbandingan.

Kajian menunjukkan 1 dari 5 kanak kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan punca utama adalah akibat kekurangan zat makanan.

Selain itu masalah bantut juga berlaku akibat,

✔️ Faktor genetik
✔️ Penyakit kronik lain 
✔️ Masalah hormon
✔️ Masalah tulang dan kerangka
✔️ “late bloomers”.

* Kanak kanak late bloomers ini membesar dengan perlahan, tetapi apabila menjelang usia remaja, ketinggian mereka akan bertambah dengan pantas dan menyamai saiz rakan sebaya.

Masalah bantut ini bukan sahaja memberi kesan kepada saiz tubuh, malah ia memberi kesan negatif kepada kesihatan, perkembangan fizikal dan mental secara menyeluruh.

Jangan ambil mudah isu ini, jika masalah bantut berpunca dari kekurangan zat makanan, ianya boleh di rawat dan di bantu dengan mudah.

Jika ia berpunca dari masalah lain, ia masih boleh dirawat dan dibantu sebelum usia 18 tahun.

Sumber: Public Health Malaysia

 

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.