Siakap Keli
Gambar: Suara TV

Lelaki Dipercayai Cabul Kanak-Kanak Ditahan, Pakaian Di Rampas

Tindakan seorang buruh binaan warga Indonesia yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengundang padah apabila ditahan oleh pihak polis di kawasan Country Homes.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof, pihaknya telah menerima maklumat pada Jumaat lepas, selepas pengadu diberitahu isterinya bahawa anak mereka dipeluk daripada belakang oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.

“Ekoran kejadian itu, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di kawasan Country Homes. Polis turut merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian. Suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017”.

Pada Rabu lepas, seorang kanak-kanak dipercayai dicabul oleh seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka di pusat bandar Country Homes, Rawang. Berikutan itu, rakaman kejadian tersebut menerusi kamera litar tertutup CCTV tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi marah daripada warganet.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa