Siakap Keli

Pakar Mula Risau Bongkah Ais Terbesar Dunia Dengan Berat 1 Trilion Aktif Bergerak

Pada Julai 2017, sebuah bongkah ais raksasa yang dikenali sebagai A68 telah terpisah daripada Pentas Ais Larsen C di Antartika. Bongkah ais yang dipercayai yang terbesar di dunia itu dilaporkan sedang bergerak ke utara di sepanjang semenanjung Benua Putih.

Pada waktu ini, bongkah ais yang berukuran 160 km itu dilihat sebagai sesuatu yang ‘bahaya’ berat kira-kira satu trilion tan.

Menurut seorang profesor di Swanesa University di Wales, Andrian Luckman, objek yang mempunyai berat kira-kira satu trilion tan itu sangat aktif dan kelihatan lincah.

“Berikutan telah setahun ia berada berdekatan dengan pentas ais induknya, pada pertengahan tahun 2018, A68 dilihat bergerak ke Weddell Gyre, aras laut yang mengikut arah jam, berputar hingga 270 darjah dan membawa 250 km ke utara”.

Walau bagaimanapun, kerosakan yang dialami oleh bongkah ais tersebut dikatakan hanyalah dalam kadar yang sedikit setelah mengharungi perjalanan yang jauh. Perkembangan mengenai bongkah ais terbesar ini telah diteliti oleh Prof Adrian Luckman dengan menggunakan satelit Sentinel-1 di Eropah.

Sumber: BBC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa