Siakap Keli
Gambar: Bernama/TNB

Parlimen : Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Tahun Ini – Menteri

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini,” kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna walaupun terdapat peningkatan kos yang tinggi dalam penjanaan elektrik.

“Pertama, kementerian membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019, dan berjaya mendapat jumlah penjimatan sebanyak RM 336.7 juta.

“Kedua, kementerian mendapat kelulusan kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM107.16 juta,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.