Siakap Keli
Foto: Tribunnews

Satu Badan Putih Dengan Bedak, Budak Nakal Menyamar Jadi Toyol ‘Kantoi’ Dengan Polis

Akibat menyamar menjadi hantu toyol, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah ditahan polis dalam satu kejadian di Tanah Baru, Depok Jakarta.

Menurut laporan, ‘toyol berkepala putih’ tersebut ditahan ketika sedang sibuk merakam video. Turut ditangkap ialah beberapa orang rakannya yang disyaki terlibat sama.

Mengikut keterangan pasukan Jaguar Polis Depok, Winam Agus kepada pihak Kompas.com, pasukannya sedang meronda di kawasan sekitar sebelum terlihat kumpulan suspek.

Foto: Jakarta Post/Tribunnews

“Pada awalnya, ada tiga ke empat orang remaja dalam jarak 50 meter sedang mengambil gambar seorang remaja yang dilumuri bedak di kepala dan hanya berseluar pendek.”

“Selepas menyedari kehadiran pasukan kami, mereka terus menyusup ke kawasan semak berhampiran, namun dia(suspek) dilumuri warna putih bedak membuatkannya mudah ditemui,”jelas beliau.

Ketika ditanya polis mengenai alasan mereka melakukan sedemikian, dia mengaku bahawa ia hanyalah bertujuan untuk membuat rakaman bagi dimuatnaik ke YouTube.

“Kami menasihati dia dan rakan-rakannya untuk tidak mengulangi lagi kesalahan sama sebelum membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing,”ungkapnya lagi.

Sumber: Kompas, Tribunnews Bali

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.