Siakap Keli
Gambar Hiasan

Setiap 2 Hari, Aku Cuci Kain, Setiap 2 Minggu Aku Cuci Tandas, Apa ”Wife” Aku Buat?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang pengguna media sosial twitter telah berkongsi sedikit tentang kisah rumah tangganya. Berikut merupakan akaun twitternya

Ayat awalnya boleh menimbulkan pelbagai spekulasi pada pembaca tentang si isteri dan juga si suami.

Sebelum berkahwin pun, Iffat melakukan kerja-kerja rumah sendiri. Daripada seterika baju, basuh baju dan cuci tandas dilakukannya dulu.

Sampailah Iffat masuk ke alam rumah tangga pun, kerja-kerja tersebut diakui masih dilakukannya bagi membantu si isteri.

“Kenapa aku buat semua kerja rumah?”

Rupa-rupanya, Iffat nak didik 2 orang anak lelakinya melalui teladan. Wah, betul-betul siap sedia Iffat terhadap keluarganya.

Sudah begitu Iffat membantu isterinya, dibalas pula oleh isterinya dengan melakukan bisnes sambilan.

Cara Iffat menegur ketidakpuasan daripada sikap yang ditunjukkan oleh isterinya pun bijak.

Tapi, biasalah perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dianggap main-main. Bukan perkara mudah, ibarat laut yang ada pasang surutnya.

Sebuah rumah tangga juga tidak akan kukuh jika tidak bertiangkan agama.

“Bagi yang nak berkahwin, make sure get ready. Berkahwin ini kitan nak masuk dalam keluarga orang lain.”

Usia perkahwinan mereka pun sudah 5 tahun. Setiap tahun, akan ada fasa yang perlu dilalui dalam rumah tangga untuk saling kenal, saling menguatkan, saling sabar dan faham antara satu sama lain.

Ilmu ‘parenting’ wajib dipelajari dan diterapkan dalam diri kedua-dua pasangan.

Anda yang bakal berkahwin, sudah siap mental fizikal, nak harungi lika liku perjalanan rumah tangga nanti? Pastikan anda siap, jangan biarkan hujung perkahwinan itu adalah perceraian.

Sumber:

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.