Siakap Keli

Terkini: Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Bermula 17 Julai

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung serta kawasan Sabah dan Sarawak.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia, dijangkakan kategori pertama bagi angin kencang barat daya berlaku dikawasan perairan utara Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan pada Rabu, 17 Julai 2019 sehingga Jumaat, 19 Julai 2019.

Keadaan laut bergelora bagi kategori pertama dijangka pada kelajuan 40-50 Kmsj dengan ketinggian ombak 2.3-3.5 meter manakala bagi kategori kedua pula ialah 50-60 Kmsj dengan ketinggian ombak 3.5-4.5 meter.

Bagi kategori ketiga ia akan melebihi 60 Kmsj, ketinggian ombak yang dijangka ialah melebih 4.5 meter bersamaan 15.0 kaki.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati melakukan aktiviti berhampiran pantai atau laut bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa