Siakap Keli
Gambar: Hakimi Hamdan

Turun 42 KG Dalam Masa 5 Bulan Je, ‘Abam Besar’ Kongsi Rahsia Diet ”Calorie Deficit”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Misi menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai yang berazam untuk kurus setiap kali bulan puasa, sebelum buka semester ataupun sebelum konvokesyen, namun tak semua berjaya mencapai impian menjadi lebih kurus.

Bukan sahaja untuk keyakinan diri, saiz badan turut menjadi indikasi tahap kesihatan seseorang. Golongan memiliki berat badan berlebihan cenderung untuk terdedah dengan penyakit kardiovaskular dan mudah sakit lutut apabila menjelang usia senja.

Seorang pengguna Twitter, Abam Besar, atau nama sebenarnya Hakimi Hamdan berkongsi caranya untuk menurunkan dari 120 kilogram (kg) ke 78 kg dalam tempoh lima bulan sahaja. Berikut adalah perkongsiannya.

Katanya, dia telah berazam untuk menurunkan berat badan sejak tingkatan 1 lagi, namun pada Februari tahun ini, barulah dia betul-betul bermotivasi melaksanakan azamnya.

Ingat balik kenapa nak kurus

Perkara asas untuk jadi kurus

Tambah Hakimi, tidak kira diet apa yang dilakukan, perkara asas untuk kurus ialah mengurangkan pengambilan kalori dengan mengambil jumlah kalori kurang dari yang diperlukan tubuh. Apabila pengambilan kalori kurang, badan akan menukar lemak untuk membekalkan tenaga.

Setiap orang mempunyai keperluan kalori yang berbeza bergantung kepada tahap aktiviti individu tersebut.

Katanya lagi, keperluan kalorinya sebagai seorang pelajar adalah 2400, jadi dia hanya mengambil 1000 sahaja kalori setiap hari untuk menurunkan berat badan. Namun dia mengingatkan supaya orang ramai tidak mengikut tindakannya yang agak ekstrem.

Selain itu, Hakimi turut berkongsi aplikasi yang digunakannya untuk mengira pengambilan kalori hariannya iaitu My Fitness Pal. Menurutnya, aplikasi ini turut mempunyai data kalori dalam masakan Melayu.

Makanan pastikan seimbang

Walaubagaimanapun, Hakimi mengingatkan supaya anda tetap mengambil makanan yang seimbang walaupun ingin kurus.

Semoga berjaya bagi sesiapa yang berazam dan berusaha untuk menurunkan berat badan. Kurus untuk sihat, jangan pula sampai dapat penyakit gastrik, kekurangan nutrisi dan sebagainya.

Sumber: Hakimi Hamdan97

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.