Siakap Keli
Gambar: IKS Karesidenansolo

(Video) Jatuh Terus ‘Kaku’, Detik-Detik Wanita Maut Jadi Mangsa Langgar Lari

Seorang penunggang wanita maut setelah dilanggar lari sebuah kereta ketika melalui jambatan di Manahan, Solo, Jawa Tengah pada 1 Julai lalu.

Retnoning, 54 tahun dilihat menunggang seorang diri pada subuh hari kejadian sebelum dilanggar berhampiran selekoh jambatan berkenaan.

Suspek yang berhenti seketika dilihat memecut kenderaannya dan membiarkan mangsa yang cedera parah tergeletak keseorangan di persimpangan jalan tersebut.

Anak mangsa, Harry Setiawan berkata ibunya dalam perjalanan pulang setelah menghantarnya ke terminal untuk ke Kudus, tempatnya bekerja.

Mangsa yang mengalami cedera parah akibat patah di 6 bahagian tulang kaki dan rahang meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital sehari selepas hari kejadian pada jam 9 malam.

Sehingga semalam, suspek masih belum dapat diberkas dan polis melakukan pemeriksaan ke semua bengkel kenderaan di sana.

https://www.instagram.com/p/BzvB-ioHonX/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.