Siakap Keli
Foto: YouTube ICC

(Video)Walau ”Happy” Menang Piala Dunia, Dua Pemain Kriket England Ini Tetap Tak Lupa Lupa Diri Sebagai Muslim

Beberapa jam yang lepas, negara England baru sahaja muncul juara dunia terbaru dalam sukan kriket selepas menjuarai Piala Dunia Kriket England & Wales 2019 menewaskan New Zealand dalam satu perterungan epik.

Seperti biasa, sesuatu kejuaraan pasti akan diraikan dengan meriah selepas tamat perlawanan. Apatah lagi, mereka baru sahaja memenangi piala dunia, satu kejohanan terbesar dalam apa saja jenis sukan.

Bagi skuad yang diketuai Eion Morgan ini, sambutan kejuaraan mereka menjadi semakin meriah sejurus sahaja piala kemenangan diberikan kepada mereka.

Menjadi kebiasaan bagi mereka di negara Barat untuk meraikan sesebuah kejayaan dengan semburan arak, begitu juga dengan pasukan England ini sebentar tadi.

Namun, kepada anda yang tidak tahu, pasukan ini dianggotai oleh dua orang pemain Muslim iaitu Moeen Ali dan Adil Rashid.

https://www.youtube.com/watch?v=7bQ6U4Hl3bI

Menariknya, dua pemain ini menjadi tumpuan media antarabangsa selepas mereka berdua lari meninggalkan pasukan ketika sambutan semburan champagne dimulakan.

Tindakan mereka itu hanyalah untuk mengelak dari terkena arak, sesuatu yang diharamkan oleh agama Islam. Tindakan mereka jelas mendapat pujian ramai terutamanya masyarakat Muslim.

Sumber: YouTube All is Here, News18

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.