Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Compact Appliance)

Gangguan Air Dijangka 3 Hari Minggu Depan, Pengguna Di Selangor Dan Kuala Lumpur Dinasihat Untuk Simpan Air Secukupnya

Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd(Air Selangor) sebentar tadi telah mengeluarkan satu pengumuman mengenai kerja-kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1(LRA SSP1) mulai 9 pagi, 23 Julai ini.

Pelaksanaan kerja penambahbaikan ini perlu dilakukan bagi memastikan kualiti perkhidmatan air di kawasan sekitar dapat dipertingkatkan di masa akan datang.

Perkara ini sekaligus akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa tempat di sekitar tujuh(7) kawasan berhampiran iaitu Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Gangguan dilaporkan berkemungkinan besar akan berlaku bermula 9 pagi, 23 Julai dan akan berakhir pada 9 malam, 26 Julai.

Kawasan-kawasan yang terlibat dalam gangguan berkenaan adalah seperti berikut:

1. Gombak

2. Petaling

3. Kuala Lumpur 

4. Klang/Shah Alam

5. Kuala Selangor

6. Hulu Selangor

7. Kuala Langat

Orang ramai diingatkan untuk menyimpan bekalan air bersih secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air ini nanti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti laman sesawang rasmi Syabas, Facebook dan Twitter rasmi Air Selangor.

Sumber: SYABAS, Air Selangor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.