Siakap Keli

“Jom Sihat Macam Bomba”, Sertai Larian Bomba Ke-17 Di Cyberjaya Ogos Ini

Jom jadi sihat! Sertai Larian Bomba ke-17 di Persiaran Flora, Cyberjaya 17 Ogos ini pada jam 8 malam dan anda berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM 30,000.

Terdapat 12 kategori yang anda boleh sertai antaranya veteran, anggota bomba, Fun Run, terbuka wanita, terbuka lelaki dan pakej keluarga.

Peserta akan mendapat baju-T eksklusif Larian Bomba, makanan, peralatan larian, pingat penamat (bagi yang menamatkan larian dalam tempoh ditetapkan), sijil penyertaan larian, cabutan bertuah serta hadiah sehingga RM1000 bagi pemenang tempat pertama.

Bagi anda yang ingin melakukan larian bersama keluarga, anda hanya perlu membayar yuran penyertaan RM125 untuk 2 orang dewasa serta 2 anak berusia bawah 13 tahun.

Bagi 100 peserta terawal yang menamatkan larian pula, anda akan mendapat pingat Top 100. Daftar sekarang di sini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.checkpointspot.asia.com atau Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya.

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.