Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: East Idaho News/Medium)

Lelaki Mengaku Bunuh “Instafamous”, Muat Naik Gambar Mangsa Di Instagram

Seorang lelaki berusia 21 tahun mengaku telah membunuh seorang rakan wanitanya yang juga “instafamous” berumur 17 tahun, baru-baru ini.

Pengakuan itu dibuat oleh suspek selepas dia sendiri menghubungi pihak polis untuk melaporkan perbuatannya itu. Pihak polis berkejar ke tempat kejadian untuk menahannya.

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki tersebut bertindak memuatnaik gambar mayat mangsa di laman Instagram-nya dengan kapsyen, “Maafkan saya, B****a(nama mangsa)”.

Tindakannya itu menyebabkan para pengikutnya yang melihat kiriman tersebut menghubungi pihak polis sebelum dia sendiri melakukan perkara yang sama.

Akaun milik mangsa mempunyai 99 ribu pengikut(Foto: Instagram)

Menurut kenyataan salah seorang rakannya kepada Rolling Stone, kedua-dua mereka mula berkenalan secara atas talian kira-kira dua bulan lepas sebelum bersemuka buat kali pertama.

Hubungan mereka menjadi semakin akrab selepas itu sehinggakan ada yang menganggap mereka pasangan kekasih. Malah, kedua-duanya juga didakwa sudah saling mengenali keluarga satu sama lain.

Pada malam kejadian, mangsa dan suspek dikatakan keluar bersama dan pulang ke rumah sebelum didakwa telah bertengkar. Pertengkaran itulah yang dilaporkan menjadi punca pembunuhan.

Dalam pada itu, Instagram sedang berusaha untuk mengesan dan menghentikan penyebaran imej mangsa dan akaun milik suspek juga telah dinyah-aktifkan.

Suspek kini berada dalam tahanan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.

Sumber: ABC News, Rolling Stone

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.