Siakap Keli

Muka Diconteng Seram Dengan Nafas Mengerang, Lelaki Misteri Serba Hitam Kacau Penduduk Dicari

Seorang lelaki dengan pakaian sut hitam serta contengan seram di mukanya menggemparkan penduduk setempat apabila ramai yang telah menjadi mangsanya.

Media tempatan melaporkan bahawa seorang wanita 20an mendakawa telah melihat lelaki itu dengan jarak dekat dan mendengarnya mengerang dan bernafas ‘berat’ ketika kejadian di Claverham, Somerset.

Menurutnya, lelaki itu cuba memegang bahagian pangkal pehanya namun sempat menolak dan menjerit sekuat hati sehingga dia terkejut lantas melarikan diri.

“Setiap kali saya menutup mata, saya hanya melihat wajah itu,” katanya trauma dengan serangan lelaki misteri itu.

Individu itu dikatakan sedang diburu pihak berkuasa kerana bertindak menganggu penduduk setempat sehingga membuatkan mereka takut untuk keluar dari rumah pada waktu malam.

Jurucakap Polis Avon dan Somerset berkata, “Walaupun tidak ada orang yang terluka semasa insiden, kami sepenuhnya memahami kesengsaraan penduduk sekitar.”

Sumber: Mirror UK

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.