Siakap Keli
Foto: Hello Doktor

Ramai Yang Kata Daging Kambing Lagi Sihat Dari Lembu, Betul Ke? Ini Jawapannya

Selang beberapa minggu lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban oleh masyarakat di negara ini.

Sudah menjadi tuntutan bagi umat Islam yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan.

Antara binatang yang popular dijadikan binatang korban di Malaysia ialah lembu dan kambing. Bercakap mengenainya, ramai yang mengatakan daging kambing adalah lebih sihat untuk dimakan berbanding lembu.

Betul ke? Untuk mengetahui jawapannya, jom kita ikuti penerangan yang dipetik dari laman Hello Doktor ini.

Perbandingan Daging Lembu dan Kambing

Kandungan nutrisi

Kedua-dua daging ini mengandungi banyak nutrisi dan zat-zat penting. Kedua-duanya juga mempunyai kualiti yang hampir sama. Secara perbandingan, kandungan protein dalam lembu dan kambing adalah tidak jauh beza, tetapi kandungan lemak mungkin berbeza.

Dari sudut kalori dan lemak, lembu adalah pilihan yang lebih sihat berbanding kambing. 100 gram daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1 gram protein dan 4.2 gram lemak berbanding daging kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 gram protein dan 8.8 gram lemak.

Gambar Hiasan(Foto: Heart Foundation)

Melihat kepada vitamin dan mineral pula, daging lembu dan kambing, kedua-duanya hampir sama kaya dengan:

  • Zink.
  • Selenium.
  • Fosforus.
  • Zat besi.
  • Tembaga.
  • Potassium.
  • Magnesium.
  • Sodium.
  • Vitamin B, K dan D.

Walau bagaimanapun, daging kambing mengandungi protein yang lebih berkhasiat. Ini adalah kerana kebanyakan kambing tidak diproses dan diternak di dalam ladang tertutup sepertimana lembu.

Adakah daging kambing lebih sihat berbanding daging lembu?

Kualiti dan khasiat daging banyak bergantung kepada jenis makanan yang diberikan kepada binatang tersebut. Daging daripada binatang yang diberikan rumput adalah lebih sihat dan bersih.

Jika perlu membuat pilihan, kambing secara amnya lebih sihat kerana perusahaan lembu yang sangat meluas pada hari ini menyebabkan susah untuk mendapatkan daging yang diternak secara organik dan diberikan makanan rumput.

Gambar Hiasan(Foto: YouTube)

Kebanyakannya memberikan gandum sebagai makanan kerana lebih murah dan menggemukkan lembu. Manakala kambing pula kebiasaannya diusahakan serta diberikan makanan yang lebih organik dan semula jadi.

Kandungan lemak dalam daging kambing adalah lebih tinggi, tetapi lemak tersebut adalah lemak sihat. Kadungan lemak omega-3 yang sihat untuk jantung adalah lebih banyak memandangkan ia mengambil rumput sebagai makanan.

Tambahan pula, kualiti dari sudut kelembutan dan rasa tentunya lebih baik bagi daging kambing berbanding daging lembu. Ini menjadikan ia pilihan utama.

Apa pun pilihannya, daging merah harus dielakkan daripada menjadi santapan harian anda. Kajian mendapati bahawa pengambilan daging secara berlebihan meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes dan mengurangkan jangkaan umur.

Sumber: Hello Doktor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.