Siakap Keli

Saya Tak Pernah Kisah Dengan Pilihan Raya, Dalam Politik Semua Sama, Bolehkah Terus Berpegang Pada Cara Ini?

Perlu kita sedar, demokrasi moden yang digunakan di negara barat itu sebenarnya dipengaruhi oleh Politik Islam yang dikaji oleh ilmuan barat daripada Tamadun Islam dalam segala aspek termasuk bidang sains teknologi dan ilmu sains politik. Jadi, amalan memilih pemimpin itu dikenali dalam syariat Islam.

Apabila politik menjadi sebahagian daripada ajaran Islam, maka kewajipan kita untuk memilih pemimpin adalah sebahagian daripadanya. Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi. Untuk menjadi sebahagian daripada demokrasi, kita wajib mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Kenapa orang muda tak suka politik?

Antara punca golongan muda menolak untuk mengundi adalah disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai sejarah dan mereka lebih memilih untuk percaya serta terpengaruh dengan media sosial sehingga menyebabkan politik tidak matang.

Kredit: The Atlantic

Ada yang kata orang muda tak tahu sejarah kemerdekaan. Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung percaya apa yang dibahaskan di media sosial. Tapi, siapa kata undi tu tak penting?

Mengundi ni bukan untuk kita suka-suka tapi, ia penting bagi memastikan masa depan generasi akan datang. Ia bukanlah semata-mata politik, ini adalah kewajipan kita sebagai anak muda untuk memilih seorang pemimpin sebenar dan tanggungjawab itu sangat besar. 

via GIPHY

Dengan kuasa yang diberikan kepada wakil-wakil rak­yat, mereka menggubal dasar, peraturan dan undang-undang negara.  Sebab itu, mengundi itu wajib dan amat penting. Ia bakal menentukan masa depan negara dalam aspek agama, politik dan seluruhnya.

Kenapa tak mengundi?

Tak dapat dinafikan peratusan orang muda yang tak mahu mengundi disebabkan kesedaran politik yang rendah dalam diri masing-masing. Kesedaran ini muncul dari pengalaman dan pengamatan yang berulang-ulang berkenaan realiti pilihan raya. Ramai pengundi yang mahukan perubahan, namun ternyata calon mana sekalipun yang menang dalam pilihan raya, oleh itu calon yang pernah diundinya sendiri, tidak pernah membawa perubahan seperti yang diingini. 

Ada pengundi yang mengharapkan perubahan pada sesebuah kerajaan negeri yang telah bertukar pemerintahannya, namun ternyata sama sahaja dengan pemerintahan yang terdahulu. Keadaan rakyat tetap begitu, keadaan negeri tetap begitu, malah Islam pun tak dapat dilihat di negeri tersebut, sama seperti sebelumnya. Kesimpulannya, tidak ada guna mengundi calon atau parti mana pun, kerana ia tidak merubah apa-apa.

Itu kata mereka. Satu soal jawab seorang individu kepada Prof Dr Muhaya melalui laman Facebook miliknya mengenai isu ini turut menarik untuk dikongsi.


Nak tahu mengapa mengundi sangat penting untuk orang muda? Abu ada jawapannya, menerusi video di bawah:

Abu merupakan seorang bomba muda yang tak puas hati kerana tidak diberi hak untuk memilih pemimpin menerusi pilihan raya kecil yang berlaku di kampungnya. Kata Abu, dia sedia berkhidmat dan berkorban apa sahaja untuk masyarakat, tetapi mengapa dia masih dianggap ‘budak kecil’ dan tidak diberi hak untuk mengundi?

Apa pendapat korang? Beri pendapat korang secara terus kepada Ahli Parlimen menerusi website www.undilapanbelas.my. Kalau korang setuju bahawa orang muda berusia 18, 19 dan 20 tahun berhak untuk mengundi, sokonglah kempen #UndiLapanBelas pada tarikh 16 Julai dengan membuat posting di Facebook, Instagram dan Twitter beserta 2 hashtag ini, #undi18 dan #undilapanbelas

Macam abang Hisyam Hamid kita.

Nur Farra