Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ulat Mungkin Jadi Jawapan Untuk Atasi Masalah Pencemaran Plastik – Kajian

 berkongsi dalam laman twitter tentang satu artikel mengenai ulat dan plastik.

Artikel dinyatakan, diterbitkan dalam Biologi Semasa, yang mana mendedahkan pada dunia bahawa seekor ulat yang mampu mengunyah plastik.

Kajian atau cubaan pertama oleh Feredrica Bertocchini apabila secara tidak sengaja melihat satu kejadian unik pada sarang lebah di rumahnya. Kejadian itu terjadi ketika dia meletakkan ulat Gelleria mellonella tersebut ke dalam plastik, mengikatnya hingga tertutup lalu meletakkan beg plastik itu dalam rumahnya sementara menyelesaikan pembersihan sarang.

Namun, ketika kembali ke dalam rumah, dia mendapati ulat tersebut sudah keluar dan berada di mana-mana. Ulat itu berjaya keluar dengan cara mengunyah beg plastik hingga berlubang dengan cepat. Beg plastik tersebut dipenuhi kesan berlubang setelah ulat terkurung di dalamnya selama 40 minit.

Namun ada yang mempertikaikan dan membantah tweet tentang ulat yang dikatakan boleh menyelesaikan isu plastik. “Tidak akan ada penyelesaian selagi kita tidak bertindak terhadap cara penggunaan plastik.”

Ada juga yang mengemukakan pendapat bahawa ulat tersebut juga akan memusnahkan planet ini.

Selain itu ada juga netizen yang menyatakan kedihan kerana kita tidak gembira dengan menjaga sifat alam semula jadi malah meneruskan inovasi yang boleh menyakiti alam.

Mereka juga bertanya apakah kesan yang memakan plastik oleh ulat berkenaan dan apakah rawatan yang sesuai untuk mereka.

Walau bagaimanapun, ulat yang mengunyah plastik, mereka juga akan melepaskan serpihan atau mikroplastik kepada alam sekitar.

“Ulat makan plastik boleh selamatkan planet, dan siapa yang selamatkan ulat daripada overdos makan plastik?”.

Sumber:

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.