Siakap Keli

Umat Islam Digalak Solat Sunat Gerhana Bulan – Mufti Melaka

Melaka : Umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana bulan berjemaah dan mengadakan khutbah gerhana bulan awal pagi esok berikutan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka berlaku antara pukul 4.01 dan 6.59 pagi esok.

Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata umat  Islam digalakkan menghidupkan sunnah  dengan  menunaikan solat  sunat  Khusuf  Alqamar (gerhana bulan) dan membuat  cerapan melihat  fenomena itu.

“Tujuan melakukan kedua-dua ibadat sunat ini adalah untuk melihat  kebesaran Allah  SWT yang mencipta makhluk di bumi dan dilangit termasuk bulan,” katanya kepada sumber hari ini.

Beliau berkata umat Islam juga diminta memohon keampunan daripada Allah SWT serta memohon  rahmat keamanan serta dijauhkan daripada sebarang musibah.

Katanya Jabatan Mufti Melaka dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Melaka di Londang akan   mengadakan Qiamullail (melakukan ibadah malam) dan  solat  sunat  gerhana  serta  membuat  cerapan  gerhana bermula  pukul 3 pagi esok yang akan disertai 500 pelajar.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.