Siakap Keli
Kredit: World Para Powerlifting

(Video)Pecahkan Rekod Dunia, Atlet Para Banggakan Negara Dengan Gelaran Juara Dunia

Dilahirkan pada 3 Jun 1999, atlet kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi membuktikan kemampuan luar biasanya dengan meraih pingat emas Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan pada 12 Julai lalu.

Beliau yang mula menyertai sukan ini seawal 15 tahun sebelum ini pernah memenangi pingat emas dalam acara sama di Dubai pada tahun 2017 ketika baru berusia 17 tahun.

Dengan ketinggian 132 cm, pemegang rekod dunia itu berjaya melakukan angkatan 190 kg untuk muncul juara dalam acara kategori bawah 65 kg lelaki pada kejohanan yang berlangsung pada 12 hingga 20 Julai ini di Astana Congress Center.

Atlet para berusia 20 tahun itu memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 170 kg diikuti 180 kg pada cubaan kedua dan berakhir dengan 190 kg yang membawa kepada kemenangannya menewaskan lawannya dari Iraq, Ahmed Al-Karkhi yang hanya berjaya membuat satu angkatan seberat 140 kg sahaja.

Beliau yang bercita-cita untuk menyertai Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo itu mendapat sokongan ayahnya, Gustin Jenang, 52 dan abangnya, Gustin Bryan Junancy, 22 yang kedua-duanya juga merupakan atlet para Malaysia dalam acara angkat berat.

Sumber: Team Malaysia, World Para Powerlifting, Bernama, Paralympic.org

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.