Siakap Keli

Dari Tarik Kelapa Sawit, Jaga Kambing Dan Bawak Lori, Kini Bergelar Graduan Kelas Pertama Universiti Di UK

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang merasakan hidup pada zaman sekarang yang penuh dengan kemodenan dan cabaran dari pelbagai segi terutamanya dalam aspek kewangan dan pendidikan. Untuk terus hidup dalam kelompok masyarakat yang kian membangun ini, kita perlulah berusaha untuk mencapai matlamat hidup.

Seumpama dengan pepatah melayu, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sesuai dipadankan dengan usaha seorang pengguna Facebook merangkap seorang penjaga kambing di kampung halamannya yang berjaya habiskan pembelajarannya dan bergelar graduan di sebuah universiti di United Kingdom.

Kisah pemuda ini mendapat reaksi daripada masyarakat yang membuktikan ‘budak kampung’ boleh berjaya di persada dunia. Berbekalkan semangat yang tinggi dia mampu memberikan kesenyuman kepada kedua orang tuannya di kampung negeri Kelantan.

Kisah ini dikongsikan oleh Khairul Aiman Hamdan menerusi laman Facebooknya juga merupakan salah seorang pekerja di University of Essex, United Kingdom dan dianggap seperti seorang abang oleh Muhd Afiq, pemuda kampung yang berjaya dalam jurusan perakaunan dan kewangan.

Menurut Afiq sebentar tadi, dia akan pulang ke Malaysia pada 31 Julai 2019 ini. Pada masa sekarang rutin hariannya akan bangun sewal pukul 4 pagi untuk bersiap sedia ke kerja sambilan sebagai tukang cuci di universiti. Ini semua untuk menolong kedua ibu bapanya di kampung walaupun terpaksa bekerja lebih masa seperti orang yang kerja tetap.

 Ini mungkin cerita biasa bagi kalian, tapi bagi aku, kisah ini istimewa, kata Khairul Aiman.

Umum, mungkin kerana aku asal bandar, bila dimomok cerita anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup adalah satu cerita klise. Mungkin selama ini aku sendiri tak pernah jumpa, maka penyebab aku tak pandang sebelah mata.

Bila aku teliti, pemegang biasiswa JPA ini punya cerita unik sendiri yang mahu aku tuliskan. Anak pasangan Ismail bin Abas dan Norma binti Abdullah ini merupakan seorang insan biasa, lahir di kampung biasa. Dengan ayahnya punyai kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan. Si ibu, suri rumah sepenuh masa dan kadangkala buat kerja sampingan jualan kain di kampung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lebih tersentuh lagi bila pemuda ini menceritakan tentang adik beradiknya. Dia hanya mempunyai dua adik beradik tetapi abangnya seorang insan yang istimewa. Katanya lagi, hanya dia seorang sahaja yang tolong ayahnya untuk jaga kebun dan kambing memandangkan keadaan kaki abangnya tidak sekuat kita yng normal.

Saya dari kecik sekolah asrama bang. Sekolah pondok. Dari darjah empat, jauh sekolah saya, baba hantar untuk saya belajar elok. Boleh ubah nasib keluarga”. 

Pengorbanan seorang ayah yang sanggup bayarkan yuran yang mahal semata-mata nakkan anaknya untuk menjadi yang terbaik. Walaupun pada sekolah rendah Muhd Afiq tidak dapat banggakan Baba dan Uminya, dengan kesunguhan dan ketekunannya dia belajar bersungguh-sungguh pada SPM lalu sehinggakan berjaya mencapai 10A1B.

Daripada pencapaian yang terbaik itu, tuahnya mendapat tajaan daripada JPA untuk melanjutkan pelajarannya ke University of Essex.

Dia ada cerita dengan aku, zaman remaja dia memang banyak dibesarkan dengan kerja kebun dan jaga kambing. Asal ada masa cuti sekolah, jarang sekali dia jadi macam remaja lain, bercuti atau ke kelas tambahan. Dia tahu tanggungjawab dia adalah dengan keluarga, susah senang dengan keluarga.

Aku terdiam. Hadiah apa yang aku pernah bagi untuk mak ayah aku?

Sepanjang umur 54 tahun, ini kali pertama menaiki kapal terbang ke luar negara. Ini adalah pengalaman yang penuh bermakna untuknya dan kedua orang tuanya.

Daripada tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. 

Sumber: Khairul Aiman, Muhd Afiq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang