Siakap Keli
Gambar: Fieza Rafieza

Diserang Sawan Lepas Dapat Tahu Ayah Meninggal Dunia, Kisah Lelaki Ini Dijemput Ilahi Buat Netizen Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesungguhnya, tiada seorang manusia pun yang akan terlepas dari hakikat kematian. Namun tiada  yang mengetahui bila, di mana dan bagaimana caranya. Kerana ia adalah rahsia mutlak Sang Pencipta, tidak ditunda apatah lagi dipercepat. Tatkala tiba masanya, maka tiada sesuatu pun yang mampu menghalangnya.

Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga di Kulim, Kedah. Siapa yang sangka, genap 24 jam pemergian ayahnya yang tercinta, kini si anak pula yang menyusul.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh adik ipar arwah, Mohd Ali Awang (70) ketika dihubungi Siakap Keli. Menurut Fieza, abang iparnya itu mula menghidapi strok pada tahun lalu (sekitar bulan Mei).

Manakala anak buahnya itu, Harul Shahrin atau lebih mesra dipanggil Yon sememangnya menghidapi penyakit tersebut (strok) sejak dari tahun 2016 lagi.

Namun, sudah ketentuan Allah, setelah terlantar sakit lebih dari setahun, ayahnya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka pada 15 Julai lalu.

Yon (baju hitam)

Terkejut saat diberitahu ayah meninggal, terus diserang sawan

Saat itu Yon benar-benar terkejut tatkala mendapat tahu bahawa ayahnya sudah tiada. Dia serta merta jatuh diserang sawan dan sewaktu orang ramai menguruskan jenazah ayahnya, Yon seolah-olah seperti hilang ingatan. Kemudian, semasa jenazah ayahnya dibawa keluar, Yon semput dan terkena serangan jantung.

Dan Yon disahkan meninggal dunia di Hospital, Kulim. Sesungguhnya semua telah ditetapkan, Yon pergi sehari setalah ayahnya, di waktu yang hampir sama. Dikatakan juga bahawa jenazah Yon akan disemadikan bersebelahan pusara ayahnya itu.

Fieza juga menjelaskan bahawa Yon seorang suami dan anak yang sangat baik dna bertanggungjawab. Yon meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang berusia 10 dan 4 tahun. Moga roh Allahyarham Harul Shahrin dan bapanya Mohd Ali Awang ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Yon (Harul Shahrin) sebelum sakit

Sumber: Fieza Rafieza

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)