Siakap Keli
Foto: Facebook

Palsu, Hospital Kesal Individu Sebar Kisah Tidak Benar Dakwa Bayi Ditinggal Ibu Bapa Bersendirian

Baru-baru ini telah tular kisah mengenai nasib seorang bayi yang didakwa ditinggalkan bersendirian oleh ibunya selepas wanita berkenaan dikatakan mempunyai masalah hubungan bersama suami yang juga bapa kepada bayi tersebut.

Gambar itu dilaporkan ditangkap di Hospital Tengku Ampuan Rahmah(HTAR), Selangor. Kes ini telah mendapat perhatian pihak hospital dan mereka membuat keputusan untuk memberi kenyataan rasmi mengenai kejadian berkenaan.

Menurut kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook mereka, kisah mengenai bayi yang tular di dada akhbar dan media sosial itu sebenarnya adalah tidak benar.

Foto: FB HTAR

HTAR juga memaklumkan bahawa bayi berkenaan kini sedang berada di bawah penjagaan dan pemerhatian pihak hospital. Mereka turut menegaskan bahawa isu ini dipandang serius oleh pihak hospital.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai maklumat palsu berkaitan kes ini dan berhenti untuk terus menyebarkannya.

Waris pesakit juga diingatkan untuk mematuhi peraturan ketika berada di premis hospital, termasuklah tidak mengambil gambar serta menyebarkan maklumat palsu termasuk melalui media sosial yang boleh dianggap tidak menghormati privasi pesakit.

Diharapkan tiada lagi pihak yang menyebarkan mengenai berita bayi berkenaan selepas ini dan menurut tinjauan kami, pengirim asal juga sudah memadam kiriman berkenaan bayi ini dari akaun miliknya.

Sumber: FB Hospital Tengku Ampuan Rahimah

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.