Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Agensi Kerajaan Persekutuan Diberi Pilihan Waktu Kerja Fleksibel Mulai Ogos Ini – JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu surat pekeliling menerusi portal rasmi telah mengumumkan perlaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di agensi Kerajaan Perseketuan seluruh negara mulai Ogos ini.

WBF merupakan masa bekerja fleksibel di mana pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.

Dengan pelaksanaan WBF ini, waktu pejabat adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sumber : JPA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra