Siakap Keli
Gambar: Syukor Khamis- Kampung Boy

Pernah Tular Di Media Sosial Kini Ke Kaca Televisyen, Kisah ‘Mowgli Malaysia’ Akhirnya Jadi Telemovie

Mohd Syukor Khamis, nama yang pernah menggegarkan negara awal tahun ini apabila gambarnya bersama haiwan peliharaan memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.

Malah bukan sahaja menjadi sebutan di negara ini tetapi juga di rantau Asia setelah gambar-gambar berkenaan dinobatkan sebagai pemenang bagi Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People).

Gambar: Syukor Khamis-Kampung Boy

Lebih menarik, keserasian antara Syukor serta haiwan peliharaannya seperti kerbau, kambing, mahupun lembu kelihatan begitu natural. Perkara itulah yang menarik ramai pihak untuk mengetahui sisi unik kehidupan remaja berusia 14 tahun ini.

Hubungan mesra antara Syukor dan ‘sahabat-sahabatnya’ itu benar-benar mengagumkan sehingga beliau diberi jolokan sebagai Mowgli Malaysia. Seperti yang diketahui, Mowgli merupakan watak dari filem fiksyen yang memaparkan kisah tentang seorang budak yang begitu akrab dengan haiwan di hutan.

Terbaru, sebuah produksi yang terinspirasi dari gambar fotogenik terbabit telah ‘mengadaptasinya’ menjadi sebuah karya yang bakal ditayangkan di kaca televisyen.

Telemovie yang diberi judul ‘Budok Kuba’ (Budak kerbau) itu dikatakan bakal ditayangkan 20 Julai ini mengisahkan tentang konflik kekeluargaan dan nilai kasih sayang.

Sumber: Bambam Studios

Follow Siakap Keli Di Instagram

Lihat siaran ini di Instagram

Innovasi yang hebat..

Siaran dikongsi oleh Siakap Keli (@siakapkeli) pada

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: