Siakap Keli
Foto: Weibo/Daily Mail

(Video)Panda Jadi Mangsa Keganasan, Dibaling Batu Kerana Berehat Tak Buat Apa-Apa

Tidak berhati perut. Itulah ungkapan yang boleh dikatakan kepada tindakan seorang pengunjung membaling batu ke arah seekor panda di Zoo Beijing baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Mail, seorang saksi memaklumkan dua orang pengunjung telah mencampak batu ke arah Meng Da, seekor panda besar yang dikurung di dalam sebuah sangkar di sana.

Malah, kejadian itu turut dirakam oleh salah seorang pengunjung yang turut berada di tempat kejadian ketika itu. Dalam video tersebut kelihatan sebiji batu yang dilontarkan hampir mengenai Meng Da yang sedang berehat.

Kejadian itu membuatkan panda itu terkejut sebelum bangun untuk melihat batu berkenaan. Pelaku dikatakan berbuat demikian kerana bosan melihat Meng Da hanya ‘duduk’ diam.

Bukan itu sahaja, panda tersebut didakwa turut dibaling batu oleh seorang lagi pengunjung namun kejadian berkenaan tidak dapat dirakam.

Bagaimanapun, menurut pihak zoo, Meng Da tidak mengalami sebarang kecedaraan akibat kejadian tersebut.

Jurucakap Zoo Beijing memberitahu akhbar tempatan bahawa penjaga zoo terus bergegas ke tempat kejadian bagi menghalang pengunjung untuk terus membaling dan makanan ke dalam sangkar kurungan panda berkenaan.

Mereka juga memaklumkan yang pihak zoo kini bercadang untuk mengubahsuai sangkar tersebut bagi mengelakkan kejadian serupa berulang di masa akan datang.

Sumber: Daily Mail

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.