Siakap Keli
Gambar Hiasan

Atuk Didakwa Bergurau Bagi Minum Alkohol, Cucu Berusia 1 Bulan Meninggal Dunia

Padah seorang datuk yang didakwa bergurau memberi cucunya minuman alkohol bersemperna dengan meraikan sambutan umur cucunya yang ke 1 bulan. Kejadian ini berlaku dirumah mangsa di Beijing.

Sambutan tersebut diraikan untuk menandakan tambahan ahli keluarga baru dalam sesebuah kekeluargaan.

Menurut saksi, datuknya mendukung bayi tersebut dan bawa ke arah tetamu majlis tersebut dan memberikan minuman tersebut sambil bercanda “Kamu (bayi) tidak boleh minum”, sambil ketawa.

Kejadian tersebut kemudiannya disedari oleh ibu mangsa dan terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun, ajal sudah menjemput, bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia semasa dirawat akibat keracunan minuman alkohol.

Gula dalam darah seseorang bayi sangat rendah dan jika minum alkohol ia berkemungkinan koma atau sawan kerana otak tidak dapat glukosa yang cukup dan boleh membawa maut. Namun ia tidak jadi masalah untuk orang dewasa.

Selepas kejadian itu, ibu mangsa berang dengan gurauan bapa mertuanya terus menampar berkali-kali tunjuk protes atas kematian anaknya. Dipercayai wanita itu dilayan kurang baik oleh ahli keluarga mertuanya kerana gagal mendapatkan cahaya mata selpas tiga tahun berkahwin dengan suaminya.

Sumber: Newyork Daily

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang