Siakap Keli
Gambar: Instagram

Bukan Senang Nak Berjaya, Soo Wincci Kongsi Liku-Liku Hidup Sehingga Genggam Phd

Kita hanya mengenali sisi luar atau ‘permukaan’ seseorang yang kita jumpai di dalam hidup ini. Banyak sisi lain hidup mereka yang kita tidak tahu, bahkan mungkin tidak terjangkau langsung di fikiran kita apa yang telah mereka hadapi sebelum ini.

Jika sebelum ini kita mengaitkan kehidupan mereka yang belajar di luar negara seperti sesuatu yang indah dan baik-baik belaka, maka kita silap.

Tinggal di negara asing mungkin menggembirakan pada bulan-bulan terawal sahaja. Kehidupan di sana menjadi semakin sukar dengan cabaran yang muncul dari masa ke masa seperti masalah kewangan, cabaran sosial dan ujian dalam pendidikan.

Sudahlah hidup di tanah orang, kewangan pula sukar. Terpaksalah hidup ala kadar dengan mengikat perut. Inilah sisi tidak terjangka yang dilalui oleh selebriti terkenal tanah air, Dr. Soo Wincci ketika melanjutkan pelajarannya di Valencia, Sepanyol.

Setelah membawa diri dari dunia seni tanah air, beliau yang telah bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Perniagaan sekali lagi membawa pulang segulung ijazah sarjana dalam Teknologi Muzik,Produksi dan Inovasi sekaligus menjadi Ratu Cantik dan penggiat seni dengan ijazah terbanyak serta Miss World Malaysia pertama menerima PhD menurut Malaysia Book of Record.

Kredit: Instagram

Tidur di pejabat, minum air paip dan makan sisa makanan pelajar lain

Di sebalik kejayaan ini, terlindung penat lelah yang dihadapi beliau selama 15 tahun mengejar cita-cita.

“Tinggalkan Malaysia senyap-senyap sehingga 2 tahun. Apabila pulang, keputusan saya dihalang. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan identiti artis dan melanjutkan pelajaran dalam sarjana produksi muzik.

“Saya masih ingat ketika dihalau keluar dari rumah dan terpaksa tidur di pejabat untuk beberapa bulan sejak saya mengambil keputusan yang besar ini dalam hidup,” kongsi Wincci di laman Instagramnya.

Foto: Instagram

Wincci memberitahu Siakap Keli, ketika di Sepanyol, beliau mengalami masalah kewangan sehingga hanya mempunyai 1 euro di dalam tangannya.

“Saya hampir berputus asa dan berpatah balik. Saya bukan sahaja tertekan dengan bebanan kerja, tetapi saya perlu memenuhi standard tinggi universiti Berklee yang ibarat Harvard dalam bidang muzik.

Bagi menampung hidupnya, Wincci dibantu rakan-rakan untuk mendapatkan kerja di studio.

“Saya teruskan juga sehingga dibantu rakan-rakan untuk mendapatkan kerja di studio bagi membayar sewa tempat tinggal. Ada masanya saya bertahan untuk hidup dengan sisa makanan yang ditinggalkan pelajar di studio dan minum air paip.

“Saya tidak ceritakan dengan sesiapa kerana ingin menyelesaikannya sendiri. Kemudian, pada tahun seterusnya saya mendapat biasiswa untuk program pasca siswazah.”

Kata Wincci lagi, beliau bersyukur kerana berjaya melalui masa-masa sukar itu kerana ketika itulah dia dapat melihat wajah sebenar mereka di sekelilingnya.

Kredit: Instagram

Dugaan terberat

“Dugaan terberat saya ialah apabila sering ditentang keluarga, teman rapat dan rakan di dalam industri. Dulu, ramai yang berfikir saya ini ‘gila’ kerana saya sentiasa mengulangkaji dan tidak keluar untuk ‘Yum Cha’ (mengeteh) bersama mereka di kedai mamak.

“Ada juga antara mereka yang menyuruh saya berkahwin dan berkata perempuan tidak perlu mendapatkan pendidikan yang tinggi.

“Percaya atau tidak, saya sering mengulangkaji dan membuat thesis setelah melepasi 12 malam kerana saya tidak mahu dimarahi,” tambahnya lagi.

Beliau yang berwawasan untuk mengembangkan karier muzik antarabangsanya memfokuskan gerak kerjanya sebagai produser muzik di Sepanyol. Walaubagaimanapun, beliau tetap akan kembali ke Malaysia selain China dan Taiwan untuk persembahan.

Selebriti yang boleh berbicara dalam 4 bahasa itu berharap dapat terus belajar dan membantu rakan seindustri dan orang ramai untuk terus belajar.

“Salah satu impian terbesar saya ialah untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia mengejar pendidikan tinggi dan turun padang untuk memberi sumbangan kembali. Saya juga berharap dapat menjadi artis yang paling bekerja keras dan berpengetahuan luas,” katanya mengakhiri temubual ini.

View this post on Instagram

Left Malaysia Queitly For 2 Years, back home Was being objected behind as I took the decision to let go of my artist identity and to go and pursue my production master, still remembered was chased out of the house and slept in office for dunno how many months after I decided to take this huge move in my life, 2 years of intensive producing & production training inside @berkleevalenciacampus , from just an artist who knew about performance and zero knowledge or technology skills bout production, @berkleevalenciacampus pushed and trained me hard and also thanks for the scholarship !!! Also, thanks for all the support from my closest friends! 2nd Master Degree & Post Master Fellowship Degree Done !!!!!! Endless Hours inside the studio, lab, going down production to serve the students, teacher & team , finally I managed to defend and present my ultimate Inwinccible 360 X audio visual creation !!! Thank you to all my fans too !!! This is just a new beginning of my producer chapter !!! #myBerkleeStory #InwinccibleJourney #Valencia #Spain

A post shared by Dr. Soo Wincci θ˜‡η›ˆδΉ‹ (@dr.soowincci) on

Sumber: Instagram

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.