Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Realtor/FB Salkukhairi Abd Sukor)

Cara Nak Kenal Dan Bezakan Status Tanah ”Freehold”, ”Leasehold”, Hak Milik Sementara Dengan Hak Milik Akhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mempunyai aset hartanah menjadi impian setiap daripada kita. Ini kerana majoriti daripada aset-aset ini boleh mendatangkan keuntungan di masa akan datang kerana nilainya yang sering meningkat.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kekeliruan yang terjadi berkaitan dengan pemilikan hartanah ini. Antaranya ialah mengenai ‘status hakmilik sementara’.

Oleh itu, pada kali ini kami akan kongsikan penerangan sebenar mengenainya yang dipetik dari laman Facebook Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat(GEMPHAR), Tn. Salkukhairi Abd Sukor.

KEKELIRUAN TENTANG STATUS HAKMILIK SEMENTARA

Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.

Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sama ke Hakmilik Sementara ni dengan Leasehold?

Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA BERBEZA.

Formula nya begini:

– Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title)

– Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)

Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title).

Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah ada hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)

Foto: FB Salsukhairi Abd Sukor

Jika Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas atau pajakan?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Selama-lamanya

Jika Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Pajakan 99 Tahun

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.

2. Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?

Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual/ beli hartanah tersebut.

Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.

Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.

Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.

Harap tiada lagi yang keliru selepas ini.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKORĀ 
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

Sumber: FB Salsukhairi Abd Sukor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.